Tuesday, October 26, 2010

Bentuk-Bentuk Gejala Sosial

Bentuk - Bentuk Manifestasi Globalisasi & Modenasasi Yang Membawa Kepada
Gejala Sosial Dalam Masyarakat

Media Massa

Pengaruh modenisasi dan globalisasi in lebih terasa dan ketara dengan bantuan berbagai
alat media-massa yang serba canggih. Media massa merupakan sumber maklumat yg
cukup berkesan dalam penyebaran berbagai informasi. Melalui teknologi yang semakin
canggih ini, golongan belia mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun tidak
semua maklumat- maklumat itu sesuai untuk kesemua peringkat umur.Ini menjadi
masalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di
sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat menimbulkan perasaan
ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang ditonton.

Internet

Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang kepada pemaparan
gejala-gejala negatif selain peranannya yang begitu penting bagi kemajuan sesebuah
bangsa dan negara. Melalui internet umpamanya, masyarakat yang berfikiran kurang
sehat dengan mudahnya boleh akses kepada maklumat-maklumat yang boleh menjurus ke
arah pemikiran negatif.

Institusi Kekeluargaan Yang Goyah

Institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh menimbulkan gejala sosial. Ibu bapa
seharusnya menerap dan mendidik anak-anak mereka dari kecil. Sekiranya, ibu bapa
bersikap sambil lewa terhadap pendidi kan agama anak-anak mereka, ini akan menjadi
satu faktor punca gejala sosial.Dan lagi, dengan bertambahnya komitmen ibu bapa
terhadap kerjaya mereka, masa diluangkan untuk keluarga itu terhad. Ini akan membuat
anak - anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencari
alternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtangga
yang bermasalah juga, seperti perceraian dan pergaduhan turut mempengaruhi remaja
untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

Cara Berpakaian

Jika kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda di masa ini cukup memalukan. Cara berpakaian mereka bertentangan dengan cara pakaian budaya melayu sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan Islam, agama rasmi negara kita. Mereka begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno, dan berfikiran sempit.

Sayangnya, tidak semua dapat menerima pendapat bahawa mereka ada memainkan
peranan dalam melonjaknya jumlah kes rogol dan seks bebas. Walaupun Brunei
Darussalam sebuah negara MIB, kita tidak dilarang berfesyen, akan tetapi berpadalah
dengan aturan dan garis panduan syarak dan budaya yang telah ditetapkan.

Punca-Punca Gejala Sosial

BAGAIMANA & MENGAPA GEJALA SOSIAL TERJADI ?
Globalisasi & Modenasasi : Punca Gejala Sosial

Punca – punca utama yang mendatangkan gejala sosial adalah globalisasi dan
modenasasi. Perubahan-perubahan pantas tahap nasional berlaku kerana perubahan pada
arus global yang digelar globalisasi. Globalisasi tidak saja ditandai dengan dominasi
ekonomi tetapi ia merentasi ke arah budaya dan pemikiran. Pembudayaan kota (city
culture) menuruti landasan Barat berlaku dengan lebih pantas dan agresif dengan adanya
teknologi maklumat dan multi media sebagai kenderaan yang amat berkesan untuk
melakukan agenda globalisasi.
Lazimnya, kita sebagai manusia mempunyai sifat ingin tahu terhadap perkara baru dan
trendy, yakni bukan dari budaya ketimuran. Tidak mustahil kita akan jatuh terpengaruh

dan mengikut arah aliran kebaratan, terutama sekali golongan belia. Contohnya seperti
mewarnakan rambut, memakai anting-anting atautattoo bahkan sampai kepada hal-hal
yang sangat teruk seperti pengambilan minuman keras dan pergaulan bebas yang boleh
menjurus kepada masalah – masalah gejala sosial yang lebih serius. Mungkin sesetengah
orang menganggap ini merupakan satu fenomena yang biasa namun di negara yang masih
berpegang teguh pada falsafah Melayu Islam Beraja (MIB) seperti Brunei Darussalam, ia
merupakan satu perkara yang keterlaluan dan perlu dielakkan.

Globalisasi bergerak seiringan dengan modenasasi. Dalam dunia serba moden ini,
masyarakat mementingkan prestij dan kemewahan; oleh sebab itu, mereka menjadi
semakin individualistik dan materialistik. Bandingkan dengan masyarakat tradisional,
masyarakat moden mempunyai cita-cita tinggi, kompetitif dan tidak lagi menganggap
saudara-mara atau jiran-jiran sebagai kelompok rujukan, bahkan adat tradisional seperti
memuncang-muncang juga sudah ditinggalkan. Bukan saja ini berpaling daripada budaya
kita sebagai orang Melayu tetapi juga daripada tuntutan agama Islam.Ukhuwah atau
persaudaraan adalah sesuatu yang amat dituntut dalam Islam memandangkan ianya akan
dapat mengukuhkan perpaduan sesama manusia, khususnya sesama muslim.

Gejala Sosial


Berbagai ragam krisis akhlak dan moral kini terus menular, merebak dan mewabak dalam masyarakat kita khasnya di kalangan remaja. Daripada kes bosia, hamil luar nikah yang diikuti dengan pembuangan zuriat di dalam tong sampah, penderaan, gengsterisme dan vandalisme, rogol, sumbang mahram, ketagihan dadah, hinggalah kepada mat rempit.

Ternyata bahawa pendidikan moral kita dengan enam belas nilai teras, pendidikan sivik, pendidikan Islam, pendidikan jarak jauh dan sebagainya; masih jauh untuk dapat menangani kegawatan dan kemerosotan dalam bidang ini. Faktor-faktor tertentu seperti mencari kepuasan nafsu, ingin membebaskan diri dari kemiskinan,kongsi gelap, dadah, bertelingkah dengan ibu bapa , gagal dalam peperiksaan , bosan duduk di rumah, trauma akibat perbuatan seks dan sebagainya rupa-rupanya lebih berpengaruh dari asuhan institusi pendidikan yang sedia ada.