Tuesday, October 26, 2010

Bentuk-Bentuk Gejala Sosial

Bentuk - Bentuk Manifestasi Globalisasi & Modenasasi Yang Membawa Kepada
Gejala Sosial Dalam Masyarakat

Media Massa

Pengaruh modenisasi dan globalisasi in lebih terasa dan ketara dengan bantuan berbagai
alat media-massa yang serba canggih. Media massa merupakan sumber maklumat yg
cukup berkesan dalam penyebaran berbagai informasi. Melalui teknologi yang semakin
canggih ini, golongan belia mudah terdedah kepada banyak maklumat, namun tidak
semua maklumat- maklumat itu sesuai untuk kesemua peringkat umur.Ini menjadi
masalah kerana lazimnya golongan belia mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di
sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem barat menimbulkan perasaan
ingin tahu dan ingin cuba sendiri mengikut apa yang ditonton.

Internet

Teknologi Informasi dan Komunikasi (ICT) juga turut menyumbang kepada pemaparan
gejala-gejala negatif selain peranannya yang begitu penting bagi kemajuan sesebuah
bangsa dan negara. Melalui internet umpamanya, masyarakat yang berfikiran kurang
sehat dengan mudahnya boleh akses kepada maklumat-maklumat yang boleh menjurus ke
arah pemikiran negatif.

Institusi Kekeluargaan Yang Goyah

Institusi kekeluargaan yang bermasalah juga boleh menimbulkan gejala sosial. Ibu bapa
seharusnya menerap dan mendidik anak-anak mereka dari kecil. Sekiranya, ibu bapa
bersikap sambil lewa terhadap pendidi kan agama anak-anak mereka, ini akan menjadi
satu faktor punca gejala sosial.Dan lagi, dengan bertambahnya komitmen ibu bapa
terhadap kerjaya mereka, masa diluangkan untuk keluarga itu terhad. Ini akan membuat
anak - anak kurang mendapat kasih sayang dan tidak mustahil mereka akan mencari
alternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang. Selain daripada itu, rumahtangga
yang bermasalah juga, seperti perceraian dan pergaduhan turut mempengaruhi remaja
untuk terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

Cara Berpakaian

Jika kita perhatikan pakaian sesetengah golongan muda di masa ini cukup memalukan. Cara berpakaian mereka bertentangan dengan cara pakaian budaya melayu sekali gus bertentangan dengan cara pemakaian yang digariskan Islam, agama rasmi negara kita. Mereka begitu ghairah untuk mengikut budaya asing yang dianggap moden dan maju. Mereka takut dan terlalu ego untuk dikatakan ketinggalan zaman, kuno, dan berfikiran sempit.

Sayangnya, tidak semua dapat menerima pendapat bahawa mereka ada memainkan
peranan dalam melonjaknya jumlah kes rogol dan seks bebas. Walaupun Brunei
Darussalam sebuah negara MIB, kita tidak dilarang berfesyen, akan tetapi berpadalah
dengan aturan dan garis panduan syarak dan budaya yang telah ditetapkan.

No comments:

Post a Comment